
smookie_sufi
5 tahun
Jangkahayat virus COVID 19 dan penyebarannya
Saya ingin pencerahan:
Difahamkan virus ni tak boleh hidup tanpa cell. If on surface can hidup the most is 9 hours. So what people can do is let the place be overnight and the wipe down. Boleh ke?
Why the distance 1 m? Is it because sneezing and coughing droplets can travel the furthest is 1m? So virus to is through droplets land on surfaces, people etc.
Please advise…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa virus in cuma boleh hidup selama 9 jam di luar sel. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas virus dari keluarga yang sama dengan COVID-19 iaitu SARS dan MER-Cov, virus ini boleh hidup selama 24 jam atau lebih, bergantung kepada permukaan. Sebaiknya pembersihan dan pembasmian kuman dilakukan dengan kerap terutamanya apabila anda atau orang lain kerap batuk dan bersin. Jarak 1 meter ditetapkan berdasarkan pemahaman bahawa rembusan titisan air daripada bersin atau batuk tidak dapat melepasi jarak satu meter. Virus ini terkandung dalam titisan air dari saluran pernafasan orang yang positif untuk COVID-19.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini