
Anonymous
5 tahun
Jangkitan bakteria pada telinga
Saya wanita dalam 20an 5 hari yg lepas saya kena infection dlm telinga di mana doktor kata ada fungus. Sekarang dah tak sakit, tapi masih ada rasa sumbat dalam telinga buat saya rasa tidak selesa dan kurang pendengaran. . Macam mna saya nak bersihkannya dan adakah saya perlu ubat titik telinga untuk cairkan kotoran fungus/tahi telinga?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah telinga tersumbat yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
Masalah pada tulang telinga
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih