
Sulit
5 tahun
Jangkitan cacar air kanak² usia 1 tahun
saya hendak tahu,boleh kah kanak² usia 1tahun 3 bln mengambil ubat chlorpheniramine?sebab sewaktu di bawa jumpa doktor…hanya kakak dan abang yg diberi ubat tahan gatal…manakala adik yg berusia setahun hanya dberi calamine lotion…(punca jangkitan cacar air )

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Chlorpheniramine biasanya digunakan untuk merawat masalah:melegakan keadaan alergi seperti rinitis alergi, ruam merah dan alergi makanan.
Ubat ini tidak sesuai diambil oleh mereka yang:
- berusia dibawah 2 tahun
- mempunyai alahan ubat antihistamin seperti Chlorpheniramine ini sendiri
- sedang mengambil ubat kemurungan
- telah mengambil ubatan lain dengan fungsi yang sama
Memandangkan anak anda baru sahaja berusia 1 tahun, maka adalah sebaiknya mengelakkan dari memberikan ubatan ini. Malah, penggunaan ubat ini untuk kanak-kanak 2 hingga 6 tahun haruslah dengan hati-hati sesuai dengan arahan doktor.
Untuk mendapat maklumat tambahan jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih