Sulit
6 tahun
Jangkitan Chlamydia boleh merebak semula
Saya pernah menghidapi Chlamydia, ada kah saya akan terkena jangkitan ini semua jika melakukan hubugan seks dengan pasangan yang tidak bernah terkena Chlamydia? Dan tanpa pasangan saya itu pasti diak tidak bernah terkena Chlamydia dan tidak mahu menerima pemeriksaan doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, risiko tetap anda melainkan anda sendiri melihat keputusan ujian kesihatannya negatif. Memandangkan pasangan anda tidak mahu berjumpa doktor, risiko itu ada untuk anda dijangkiti semula. Risiko adalah lebih tinggi jika anda berdua kerap bertukar pasangan dan tidak mengamalkan seks selamat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.



































