
rnip90
5 tahun
Jangkitan croup pada bayi 10 bulan
Salam sejahtera Doktor.
Anak saya mengalami masalah jangkitan croup dan baru sahaja dilepaskan pulang oleh pihak hospital. Saya ingin bertanya adakah penyakit ini merbahaya jika saya membela kucing dirumah? Ini kerana kucing tersebut di kurung di dalam sangkar dan diletakkan di luar rumah… adakah boleh mendatangkan asma pada anak saya walaupun kucing tersebut hanyalah diluar rumah sahaja.
Terima Kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi mengelakkan sebarang komplikasi selepas jangkitan croup kepada anak anda, anda dinasihatkan untuk menjauhkan kucing rumah anda dari anak anda. Hal ini kerana bagi memastikan sistem pertahanan badan anak anda cukup matang melawan jangkitan kuman. Kebanyakkan kanak-kanak tidak mempunyai masalah bermain dengan kucing, namun sebagai langkah berjaga-jaga, adalah sebaiknya anda menjauhkan kucing dari anak anda. Anda juga perlu memastikan kucing anda bersih dan menerima vaksin sewajarnya kerana sebarang jangkitan mahupun bulu kucing boleh dipindahkan daripada anda ke anak anda. Sekian