
siroziana
5 tahun
Jangkitan hepatitis melalui luka
salam sejahtera doktor…adakah benar sekiranya hepatitis c boleh berjangkit melalui luka luka kecil dan guris2 kulit harian…terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, apabila terjadi sesuatu luka pada badan anak anda, jika cecair badan pesakit seperti darah terkena pada luka anak anda, terdapat risiko dijangkiti virus tersebut. Namun, bersin, batuk, perkongsian alat-alat kutleri, ciuman tidak akan menyebabkan jangkitan virus melainkan, bibir atau mana-mana luka yang boleh menyebabkan pencampuran darah berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.