
ariesya_iskandar
5 tahun
Jangkitan kuam dalam darah
Kawan saya berusia 26tahun dan baru sahaja keluar wad semalam 21/7/2019 kerana jangkitan kuman dalam darah akibat tonsil dan tekak kering. Soalan saya, dalam keadaan baru sembuh dan dalam rawatan antibiotik, adalah boleh pesakit menaiki kapalterbang ke luar negara? adakah selamat pada beliau dan orang sekitar? pesakit dijangka akan ke Medan, Indonesia pada 1/8/2019. Harap doktor dapat bantu saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit berjangkit boleh menyebar melalui pelbagai cara seperti airborne yaitu udara, waterborne, foodborne dan lain-lain. Oleh kerana anda tidak menjelaskan kuman yang dijangkiti, maka sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang keselamatan pesakit.
Memandangkan pesakit telah mendapat ubat antibiotik, sebaiknya anda berbincang lanjut dengan doktor pesakit tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kondisi memburuk, antara yang boleh dilakukan adalah:
- mematuhi arahan pengubatan dan menghabiskan antibiotik
- memakai mask sekiranya batuk atau untuk mengelakkan terdedah kepada habuk dan pencemaran
- memakan makanan yang diyakini bersih
- jaga hidrasi tubuh dengan baik dengan minum air bersih sekurangnya 8 gelas sehari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.