
Sulit
5 tahun
Jangkitan kuman berulang
Kenapa bila seseorang terkena jangkitan kuman dan sudah sembuh tapi masih ada risiko untuk ia berulang lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh sistem imun yang lemah yang menyebabkan badan anda tidak boleh melawan kuman dalam badan. Ia boleh berlaku jika anda memiliki sakit kronik, HIV, atau berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak.
Oleh itu, anda disarankan:
- bersenam kerana aktiviti ini boleh meningkatkan sistem imun
- makan makanan yang sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.