
johnconnor416
3 tahun
Jangkitan Kuman Haiwan
Ayah saya sakit demam , muntah & pening kepala selepas mengemas kandang arnab dibelakang rumah kami , setelah dapatkan rawatan di klinik swasta , ayah saya sudah diberikan ubat dan diberitahu ayah saya terkena jangkitan kuman haiwan , hari ni masuk hari yang ke dua . Tak boleh makan hanya minum sebab asyik muntah . namun gejala muntah & pening masih lagi tak hilang , memang susah nak makan ubat kalau asyik muntah . apa yang perlu saya buat ? mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah ayah anda mengalami gejala barkaitan dengan masalah pada sistem pencernaan, seperti demam, muntah, tidak selera makan serta pening kepala. Anda telah dimaklumkan ayah anda terkena jangkitan kuman haiwan di klinik swasta. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jangkitan kuman haiwan boleh disebabkan oleh mana-mana jenis kuman yang haiwan tersebut bawa. Kemudiannya, untuk mengetauhi punca penyebab gejala ayah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Mengetahui jenis kuman tersebut supaya rancangan rawatan yang paling sesuai dapat dibincangkan.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.