
Sulit
4 tahun
Jangkitan kuman ke?
Saya pesakit kencing manis, dan mengambil insulin. Bulan lepas, saya ke hospital untuk membuang bisul pada bahagian perut, semasa ditoreh di hospital, tiada nanah sedikit pun yang keluar dari torehan bisul tersebut. Selepas toreh, doktor menyarankan supaya mencuci luka itu setiap hari. Saya mencucinya dirumah dan sekarang (dua tiga hari ini) didapati ada nanah yang keluar dari tepi luka tersebut, luka berbentuk “poket” yang telah tertutup poketnya. Adakah nanah itu normal atau ianya nanah disebabkan oleh jangkitan kuman?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya nanah menandakan telah terjadi jangkitan atau kuman telah memasuki kawasan luka tersebut. Sejauh mana kawasan yang bernanah itu boleh sembuh dengan sendirinya adalah sangat bergantung pada kekuatan imun tubuh individu tersebut dan kondisi kesihatannya secara keseluruhan.
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk bertemu doktor atau hospital yang merawat anda kembali agar mereka dapat mengenal pasti sejauh mana nanah tersebut boleh menggangu penyembuhan luka anda.
Buat masa ini anda boleh cuba:
- tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka / nanah
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Mencari suplemen yang boleh membantu penyembuhan operasi ? Dapatkannya sekarang !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.