
Sulit
3 tahun
Jangkitan kuman pada kemaluan
Saya berusia 40an dan sudah berkahwin…sblm.ini saya pernah menguna kan beberapa jenis delay gel utk kepuasan seks bersama psngan.Masalah kini …timbul.maslah iaitu zakar saya seakan merasa pedih dan di mudah melecet.,kemerahan dan seakan terkena jangkitan kulit…ini menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa apabila bersama isteri…Apakah penyakit saya dan apakah solusi yg per saya buat…saya cuba menggunakan krim utk alergik dan ubat alergik yg di makan …

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, anda amat terkesan terhadap masalah zakar yang terasa pedih, kemerahan dan mudah melecet. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala kulit zakar yang kemerahan, pedih dan melecet boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk
- alahan terhadap sesuatu produk
- kesan trauma
- geseran kulit yang terlalu agresif
Namun begitu, gejala yang dinyatakan juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan yis
- eczema
- genital psoriasis
- sexually transmitted infection
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami. Kami juga ingin meyakinkan anda bahawa konsultasi bersama doktor adalah sulit antara anda dan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.