sarhan.caan02
4 tahun
Jangkitan kuman pada telinga
Dr, saya nak tanya, telinga saya masih berdenyut dan menyucuk walaupun telah makan ubat yang telah diberi oleh doktor. Jadi, apa yang perlu saya lakukan lagi untuk membaikkan rasa sakit telinga ini. Adakah saya perlu mendapatkan rawatan sekali lagi atau bagaimana ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jangkitan kuman di telinga boleh menyebabkan sakit dan denyutan adalah simptom yang lazim. Ianya boleh dirawat melalui pengambilan ubat antibiotik, ubat titis dan ubat tahan sakit.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.