
Anonymous
5 tahun
Jangkitan kuman pada zakar
Dulu sy ada mengalami jangkitan kuman pada zahar.seperti nanah keluar dan susah kencing.tp sy tidak merawatnya.dlam msa beberapa bulan ia kembali normal.adakah ini bahaya buat masa yg akan datang ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah nanah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Oleh itu, untuk mendapat diagnosis anda, cara yang muktamad adalah membuat ujian kencing daripada klinik ataupun hospital untuk menentukan punca sebabnya. Dari segi penyakit kelamin, terdapat beberapa jangkitan yang biasa dalam golongan dewasa. Ini termasuk jangkitan chlamydia, gonorhoea, sifilis dan herpes. Jangkitan chlamydia, gonorrhoea dan sifilis merupakan jangkitan kuman yang boleh dirawati dengan antibiotik, manakala jangkitan herpes merupakan jangkitan virus yang hanya boleh dikawal dengan ubat antivirus.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.Terima Kasih