
Sulit
5 tahun
Jangkitan pada kulit
Saya seorang dewasa wanita tapi mengalami masalah jangkitan pada kulit badan iaitu panau. Apa rawatan krim/ubat yg paling berkesan perlu saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Pertama sekali kami perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan sebagai panau anda. Adakah anda telah mendapat diagnosis panau atau anda sendiri merasakan ia panau. Hal ini kerana panau kebiasaannya boleh sembuh sendiri melainkan ia disebabkan oleh faktor lain:
- Jangkitan kulat
- Autoimun
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.