Sulit
2 tahun
Jangkitan paru-paru
Saya cuma nak tanya mcm mana seseorang itu boleh terkena jangkitan paru-paru?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami anda ingin mengetahui bagaimana seseorang boleh dijangkiti jangkitan paru-paru.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan paru-paru boleh berlaku apabila seseorang individu dijangkiti bakteria atau virus merebak melalui titisan hidung atau mulut yang tersebar apabila seorang pesakit yang mempunyai jangkitan bersin atau batuk.
Malah memegang permukaan yang tercemar dengan virus atau bakteria dan kemudian memegang mulut atau muka boleh menyebabkan jangkitan.
Untuk pengetahuan anda juga, jangkitan paru-paru boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti:
- Sesak nafas
- Jangkitan bakteria dalam darah
- Paru-paru berair
- Abses paru-paru
Oleh itu, jika anda mempunyai masalah atau gejala jangkitan paru-paru anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih