Sulit
6 tahun
Jangkitan saluran kencing/ buah pinggang
bagaimanakah cara untuk merawat penyakit tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah jangkitan saluran kencing biasanya boleh disebabkan oleh:
- Kebersihan peribadi yang tidak rapi
- Penyakit jangkitan seksual
- Diabetes
- Masalah pengosongan pundi kencing
- Batu karang
Biasanya masalah jangkitan saluran kencing akan dapat diatasi setelah penyebab kejadian diatas diubati. Namun, bagi mengatasi masalah jangkitan ini, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































