
Anonymous
5 tahun
Janin semakin mengecil
saya sedang hamil 11 minggu … pada 25/7 saya scan janin semakin mengecil dari 2.9cm ke 1.5cm … appointment dengan doktor 7/8 sangat lambat … apa tindakan yg saya perlu buat untuk bagi janin cepat turun , cepat turun darah …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ultrasound yang terbaru ini perlu dilakukan oleh doktor yang sama memeriksa anda kerana bandingan keputusan yang terbaru dan keputusan sebelumnya akan berbeza mengikut pengendali mesin ultrasound tersebut kerana kepakaran berbeza mengikut doktor. Sekiranya anda mengalami gejala seperti pendarahan, sakit perut dan demam, anda dinasihatkan untuk pergi segera ke hospital agar pemeriksaan lanjut dapat dibuat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.