
Sulit
4 tahun
Jantung bedegup kencang setiap kali hendak tidur
Saya wanita berumur 19 tahun , saya mempunyai masalah dalam perhubungan , mungkin kerana takut kehilangan , saya rasa saya sudah tidak dinginkan lagi . Setiap malam saya susah hendak tidur , saya tidak boleh tidur di atas katil , sya perlu tempat yg sempit dan duduk di atas lantai dan bersandar dengan anak patung baru saya dapat tidur sekejap . Tidur saya paling kurang 3 jam dan paling lama 4 jam . Apabila saya bangun saya automatic akan terkejut & berasa panic . Bulan lalu saya tidak datang bulan begitu juga dengan bulan ini . Saya tidak lalu makan , 4 hari straight sya tidak makan apa ap , hanya minum air putih atau air manis jika saya kekurangan gula . Saya pening , bepeluh sejuk . Rasa takut datang tiba tiba tanpa saya fikirkan apa apa . Setiap malam setiap kali hendak tidur atau badan mahu rehat , saya sangat rasa lemah tapi badan saya tidak benar kan saya rehat . Badan saya automatis bergegar , bibir saya kering , saya sukar bernafas , terkadang rasa hendak muntah . Apabila saya sudah mulai mengantuk badan saya tiba tiba tersentak dan mengejutkan saya. Tidak pasti kenapa . Tapi seola-olah badan saya tidak mahu saya berehat. Saya mulai panik , jantung sakit bedenyut kuat seperti hendak pecah , padahal saya tidak melakukan aktivit berat sama sekali . Saya rasa saya tidak penting lagi . Saya rasa lebih baik saya tidak wujud . Saya sering berfikiran sebegini , tapi kenapa jantung saya bedenyut dngan laju ketika hendak tidur . Saya inginkan istirahat yang cukup . Saya ingin tidur yang lama . Saya perlukan tenaga . Tolong saya . Apa haru saya lakukan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran:
- Masalah perhubungan dengan rakan, ahli keluarga atau pasangan
- Persekitaran yang kurang ceria
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Untuk mengatasi masalah sukar tidur dan rehat yang dialami oleh anda, anda boleh lakukan beberapa perkara ini:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Pastikan bilik tidur anda selesa
- Tidur dalam keadaan yang gelap dan senyap
- Kosongkan fikiran anda sebelum tidur
- Sekiranya anda memerlukan stimulasi untuk tidur, anda boleh cuba pasang muzik yang menenangkan
- Mandi atau segarkan diri sebelum tidur
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.