
Sulit
3 tahun
Jantung berasa berdebar ketika baring
Doctor, ketika baring sy berasa jantung berdebar. Untuk info doctor saya dh sebulan tak minum air manis. Dan kurang makan buah. Adakah sy kurang gula dalam bdan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang rasa berdebar ketika berbaring selepas mengamalkan diet kurang gula. Di sini kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Kekurangan gula dalam badan (hipoglisemia)
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- “arrhythmia” (masalah ritma jantung)
- masalah injap jantung
- gangguan hormon tiroid
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Untuk mengetahui sama ada gula dalam badan anda di paras normal atau rendah, pemeriksaan dan ujian darah perlu dilakukan terlebih dahulu.
Jika anda ingin bertanya perihal kesihatan jantung dengan doktor kami secara PERCUMA atas talian, sila klik pada link di bawah.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.