
Sulit
3 tahun
Jantung berdebar dan kurang selera makan
Saya lelaki berumur 30 tahun. Sejak seminggu lalu, saya risaukan kondisi kesihatan diri saya kerana sukar tidur malam akibat sering tidur lewat malam dan banyak tidur pada waktu siang. Tiba2 untuk saya ubah semula waktu tidur saya agak sukar dan buat saya risau akannya. Selpas itu timbul gejala selera makan saya kejap ada dan tak ada, hilang semangat untuk melakukan kerja, degupan jantung saya sering laju/berdebar2. Saya ingin pendedahan apakah yang belaku pada saya dok?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
Kami memang memahami kerisauan anda, tetapi masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut seperti penggunaan ujian imbasan dan sebagainya. Kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor rawatan anda bahawa ubat yang anda sedang ambil ini tidak berkesan dan doktor anda akan membuat keputusan yang sesuai untuk anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami PERCUMA secara atas talian perihal kesihatan jantung. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.