
Sulit
4 tahun
Jantung berdebar-debar selama 24 jam
saya wanita berumur 28 tahun. tidak merokok, tidak mengandung, tidak makan sebarang ubat, tidak aktif. saya mempunyai episod jantung berdebar-debar sejak sekolah tetapi hanya sekejap dan tidak merasa sebarang sakit. tetapi sejak semalam saya menghidapi jantung berdebar-debar dan mula rasa tidak selesa di dada dan belakang badan. saya telah jumpa dua doctor dan seorang doktor pakar jantung di klinik swasta. blood test saya semuanya normal. ecg saya terdapat sedikit yang tidak normal. cuma saya diminta untuk buat echocardiogram. persoalan saya, adakah normal untuk saya rasa jantung ini berdebar walaupun sudah melebihi 24 jam dan adakah perkara ini tidak membimbangkan? saya cuma ingin minta pandangan perubatan di sini pula.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah ritma jantung atau struktur jantung
- Penyakit keresahan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit Cushing (lebihan steroid badan)
Untuk makluman anda, secara normal, jantung manusia berfungsi secara harmoni bagi mengelakkan risiko kegagalan jantung, strok, sesak nafas, pitam dan sebagainya. Jika anda dapati anda mengalami gejala seperti komplikasi diatas, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan echocardiogram dengan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!