Sulit
2 tahun
Jantung berdebar-debar, sukar bernafas dan tampak kaki sebelah kiri berdenyut
Hello Doc, Saya lelaki berumur 28 tahun , kadang-kadang jantung saya tiba-tiba berdebar-debar kencang tampa sebab, dan membuat saya sesak nafas lalu bawah tapak kaki saya pun tiba-tiba berdenyut. Dah hampir sebulan saya alami keadaan bergini, lepas pergi klinik doctor bagi ubat asthma ( ada sejarah asma masa kecil) dan kurangkan debaran jantung, bila saya tanya pasal tapak kaki berdengut pula doc tu kata cuma risau panik, tapi dah sebulan masih juga macam ni
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku adalah
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan masalah anda adalah
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan masalah anda adalah
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.