Anonymous
6 tahun
Jantung Berdebar debar
Saya wanita berumur 31 tahun, lately jantung sy kerap berdebar² ,ketika baring boleh rasa berdebar-debar , sedangkan tiada buat apa²…boleh doctor terangkan kenapa jadi begitu, One more saya dah lewat period 12 hari…tq doctor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca masalah ini. Antaranya:
- Masalah anxiety
- Masalah kalenjar tiroid
- Masalah jantung
- Tekanan darah rendah
Untuk mengenal pasti penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Ujian tertentu seperti ujian darah dan imejan juga mungkin perlu dilakukan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut agar prosedur yang berkenaan boleh dilaksanakan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.




































