
Sulit
2 tahun
Jantung berdebar, kerap sendawa , selalu kaki tangan anggota badan shaking, terasa sakit di dada sukar bernafas adakah tanda hiatal hernia
saya berumur 26 tahun sudah setahun alami penyakit ini sblm niey kerap jantung berdebar dan terasa sukar bernafas, selalu sendawa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit hormon - seperti phaechromocytoma (iaitu penyakit lebihan hormon adrenalin), hipertiroid (lebihan hormon tiroid)
- Penyakit keresahan
- Penyakit asma - kebanyakkan asma boleh mendatangkan gejala yang anda alami selain batuk dan sesak nafas
- Penyakit ritma jantung
Penyakit hiatus hernia pada kebiasaannya akan membuatkan gejala asid refluks (gastrik), kembung perut dan sendawa/sedu. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.