
Sulit
4 tahun
Jantung berdebar secara tiba tiba dengan kerap
Saya remaja berumur 15 tahun, kini saya kerap berasa jantung berdebar secara tiba2 dengan kerap. Boleh dianggarkan berlaku 4-5 kali sehari. Apakah ia salah satu penyakit? Saya memang low bp, perlukah saya segera ke klinik atau hospital? Mohon bantu saya, tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Hipertiroid
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Tekanan darah rendah
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan gejala tersebut kerap berlaku, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!