
emyriz91
3 tahun
Jantung berdebar selang 2-3 minit
Sy wanita dlm lingkungan20an…sejak sy blk dari kpg dlm 2-3 hari ni sy sering rasa jantung sy berdebar kuat tp selang tiap 2-3 minit…serta perut sakit …sy pun ada sesekali rasa sesak nafas …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami.
Antara faktor jantung laju dan berdebar adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika keadaan ini berterusan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih





























