
Sulit
4 tahun
Jantung berdebar seperti merasa takut dan sering berlaku di waktu malam
hi doktor . sya wanita berumur awl 30an . kebelakangan ini sya sering mengalami jantung berdebar seperti merasa ketakutan yang luar biasa . padahal tiada apa sebenarnya sya takutkan . sya jugak sering merasa jantung berdebar saat bangun tidur dan sebelum tidur . sehinggakan sya sukar untuk tidur kerana jantung berdebar seperti ketakutan . dan jantung berdebar ini sering terjadi di waktu malam . mohon pencerahan dr doktor adakah ini tanda penyakit berbahaya ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
Kami memang memahami kerisauan anda, tetapi masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut seperti penggunaan ujian imbasan dan sebagainya. Kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor rawatan anda bahawa ubat yang anda sedang ambil ini tidak berkesan dan doktor anda akan membuat keputusan yang sesuai untuk anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.