
lilytulip69
5 tahun
Jantung berdegup kencang dan pening
Saya seorang wanita berumur 30 tahun. Saya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan tidak ada mengambil sebarang ubat atau supplement. Sepanjang 2 minggu ini saya perasan jantung saya kerap berdegup laju dan merasa pening dan ada masanya saya rasa mual. Walaupun saya tidak melakukan aktiviti lasak dan tidak berasa risau dan gelisah, saya dapat rasakan degupan jantung sangat laju. Adakah ini disebabkan oleh caffeine? Sebab saya suka minum coffee setiap pagi. Kadang kadang saya perasan saya ketika jantung tiba tiba berdegup laju, saya bernafas seperti tercungap cungap walaupun ketika itu saya hanya duduk saja tanpa melakukan sebarang aktiviti. Saya juga tidak demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- minuman caffein berlebihan
- hormon tiroid berlebihan
- sel darah merah berkurangan
- masalah kebimbangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.