
Sulit
3 tahun
Jantung berdegup kuat
Saya wanita berumur 27 tahun dan belum berkahwin. Saya sering alami jantung berdegup dengan sangat kuat pada waktu tengah hari jam1 hingga jam 5 petang. Perkara ini akan berlaku bila saya baring terlentang dan apabila saya pusing ke kiri atau ke kanan deguoan jatung saya berubah sedikit perlahan. Saya perasan jantung saya akan berdegup kuat ketika waktu panas. Adakah ini masalah jantung doktor?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Menurut keterangan anda diatas, anda mengalami masalah jantung berdegup laju. Kami fahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umumnya, masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh :
- masalah pada hidung - selesema, resdung
- alahan
- gangguan emosi
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Kesan ubat-ubatan
Akan tetapi, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
- masalah pada paru-paru - COVID-19, pneumonia, asma (biasanya terjadi pada pesakit yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit asma)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.