
zaitil85
5 tahun
Jantung berdegup laju dalam keadaan rehat
Salam…sy wanita berumur 34 tahun.sy memang ada masalah obesiti dan tekanan darah tinggi. Sy selalu pergi check up dan tidak pernah tinggal ubat. Sejak akhir2 ni jantung sy kerap berdegup laju secara tiba2 dlm keadaan sy tengah rehat kadang2 tgh tidur sy terjaga dengan jantung berdegup laju dan sejuk satu badan.keadaan ni berlanjutan hanya 2-3 minit.sy juga ada berasa seperti nafas pendek dan sakit di bahagian belakang dan dada belah kiri.Gusi sy juga bengkak dan kadang2 geraham atas berasa tidak selesa.sy pernah mengadu perkara ini kepada klinik berdekatan tetapi doctor mengatakan jantung berdegup laju kerana darah naik kerana ujian saringan jantung sy normal . Soalan sy,adakah sy tergolong dlm kumpulan manusia yg akan terkena serangan jantung? Mohon pencerahan dan cara mencegahnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kegagalan jantung
- Masalah hormon tiroid berlebihan
- Keturunan/genetik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.