
Sulit
4 tahun
Jantung berdegup laju dan kuat
Hi doc. Saya perempuan berumur 20 tahun. Adakah kesukaran bernafas dan jantung berdegup laju disebabkan kurang tidur dan angin dalam badan? Sebab kadang-kadang apabila saya kurang tidur, keesokkannya, saya akn mengalaminya. Dan kadang-kadang, apabila saya mengalami kesukaran bernafas saya perlu berlahak dulu turun bernafas seperti biasa. Saya nengalami semua ini certain2 time sahaja.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu berasa sesak nafas dan jantung berdegup laju selepas kurang tidur dan angin dalam badan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Apabila seseorang itu sakit, jantung seseorang boleh berdegup dengan laju.
Walaubagaimanapun, degupan jantung juga boleh disebabkan isu kesihatan yang lain seperti anaemia, hipertiroidism dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.