
Sulit
4 tahun
Jantung berdegup laju ketika demam
ank sya berumur 1 tahun lebi… sya nk tya klu jantung berdegup laju ketika demam… adaka ianya normal??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sewaktu demam, jantung akan berdegup laju, pernafasan akan meningkat dan darah akan lebih banyak mengalir ke kulit untuk mengurangkan suhu daripada badan. Tetapi disebabkan saya tidak dapat memeriksa keadaan anak anda, sukar untuk saya berikan kesimpulan jika jantung anak anda berdegup laju secara normal. Perkara ini perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.