Sulit
6 tahun
Jantung berdegup laju ketika kesejukan
Saya remaja berumur 15 tahun, ketika saya sejuk, badan saya akan panas dan jantung akan berdebar, pernafasan pun jadi laju. Boleh saya tahu mengapa ini berlaku ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, proses ini adalah sebahagian daripada homeostasis iaitu suatu proses yang dilakukan tubuh untuk mempertahankan suhu normal tubuh badan, 37 celsius. Apabila suhu sekitar menurun (sejuk), otak akan mendeteksi perubahan suhu ini sehingga saluran darah akan mengecut untuk menjauhkan saluran darah daripada kulit dan mengelakkan kehilangan haba.
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






































