Sulit
5 tahun
Jantung berdegup laju seperti baru lepas berjogging, dan badan terasa menggeletar tapi bkn demam ataupun sejuk
Dalam beberapa hari ini saya mengalami gejala sakit dada, berasa sesak nafas tapi tidak keterlaluan… Hari ini, jantung saya berdegup laju dari kebiasaan seperti sedang bersukan sedangkan saya ambil inisiatif untuk baring berehat. Saya juga dapat rasakan anggota badan saya seperti terketar2, tapi saya tidak demam dan tidak dalam keadaan sejuk. Boleh dr bantu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdebar dan tangan menggeletar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
- Hipertiroidism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!





























