
Sulit
5 tahun
Jantung berdegup laju,sukar tidur
saya wanita berumur 28tahun…sejak seminggu ini saya sukar untuk tidur kerana jantung saya berdegup laju sehinggakan saya dapat merasa dan mendengar jantung saya berdenyut…saya sudah cuba pelbagai cara untuk tidur…tetapi tidak berkesan…untuk pengetahuan doktor keadaan ini selalu terjadi ketika saya hendak tidur sedangkan masa itu saya hanya berbaring dan dalam keadaan tenang…apa yang perlu saya lakukan untuk kembali normal?perlukah saya berjumpa doktor untuk mengambil ubat?

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah jantung berdegup laju boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk dapatkan nasihat kesihatan jantung. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!