
Sulit
4 tahun
Jantung berdegup laju tiba-tiba
Hai. Saya lelaki, berumur 29 tahun.
Dalam seminggu ni, jantung saya kadangkala berdegup laju. Seperti, 2 detak dalam 1 saat, secara tiba-tiba. Ianya berlaku secara rawak, saya tidak jangkakannya, dan tak tahu puncanya. Dan setiap hari, ia seperti berlaku dengan lebih kerap. Saya sangkakan mungkin kerana cuaca panas, dan minum air kosong lebih banyak, tapi masih tidak hilang.
Adakah ini cardiac arrhythmia?
Selamatkah saya untuk melakukan aktiviti-aktiviti berat, dan senaman?
terima kasih
p/s: saya tidak minum kopi. kerana alahan caffeine

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih /atas soalan yang diajukan.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah jantung laju, seperti:
- Stres
- Resah (anxious)
- Masalah jantung
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipertiroid
- Demam
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera dan jangan lengahkannya supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah jantung laju ini boleh disebabkan oleh masalah serius.
Untuk pengetahuan anda, degupan jantung atau nadi seseorang yang normal adalah di antara 60 hingga 100 denyut dalam satu minit. Sekiranya anda mempunyai mesin pengukur tekanan darah di rumah, anda boleh lihat pada indikator Pulse dan pastikannya di antara 60 hingga 100 denyutan dalam satu minit atau meletakkan jari di bahagian nadi pergelangan tangan dan kira selama satu minit.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!