
Sulit
4 tahun
Jantung berlubang ( ASD secundum)
Saya umur 34 tahun… Saya Ada penyakit secundum ASD… Tahun lps saya sdh buat opt masukkn implan pd jantung… Selepas buat knp nafas saya kerap tersangkut2 mcm kesedu… Adakah effect mkn ubt atau mmg mcm tu… Mohon pencerahan doktor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah operasi yang spesifik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital yang telah & sedang merawat anda atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam proses rawatan yang sedang dijalankan serta bantuan kesihatan yang berkesinambungan & menyeluruh.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan gangguan lain yang dialami secara kebetulan setelah operasi atau pengubatan berlangsung. Namun mengetahui dengan lebih lanjut, pemeriksaan yang lebih komprehensif boleh dilakukan terlebih dahulu.
Buat masa ini anda dinasihatkan untuk
- jangan hentikan pengubatan tanpa saranan dari doktor anda
- banyakkan minum air, rehat yang cukup & jauhi faktor cemas
- amalkan perkara yang telah dinasihatkan sebelum ini
- segera berjumpa doktor atau keklinik yang terdekat sekiranya mengalami kesan sampingan yang membimbangkan
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!