
Sulit
5 tahun
Jantung berlubang sejak kecil
Saya dari kecil disahkan sakit jantung berlubang… SELEPAS umur 17 tahun saya tidak lagi berjumpa doktor(2 tahun skali) kerana sibuk dengan kerja… Sekarang umur 33 tahun saya ada mengalami keletihan/penat semasa berkerja sebelum ini tiada rasa macam tu… Apakah yang harus saya lakukan? Adakah saya perlu buat pemeriksaan dengan pakar jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cepat penat yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung
Memandangkan gejala keletihan adalah terlalu umum, maka anda digalakkan untuk memeriksa ke doktor. Tambahan pula, anda mempunyai riwayat sakit jantung berlubang. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!