
Sulit
4 tahun
Jantung degup laju dan sakit dada
Umur 20 … jantung degup laju dan rasa ngilu diikuti sakit sperti di cucuk dekat jantung tapi tak sesak nafas. Kadang2 bila tarik nafas atau bergerak akan rasa bende tu tp bila ulang pergerakan sama takde pulak rasa sebelum ni dah pergi hospital … tekanan darah ok …sy ambil ubat coralan 5mg dalam 2 bulan slpastu… rasa benda ni… sebelum ni rasa degup laju je jantung tapi tk rasa sakit pulak . Adakah ini kesan dari obat coralan tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah jantung berdegup laju walaupun telah diberi ubat Coralan. Namun, kami memerlukan informasi lebih mengenai punca masalah anda kerana kami tidak memahami pada waktu bila anda mengambil ubat Coralan tersebut sama ada ia sebelum atau selepas gejala jantung berdegup.
Coralan merupakan ubat yang digunakan untuk merawat penyakit jantung kronik serta memerlahankan degupan jantung yang laju. Antara kesan sampingan ubat ini ialah:
- Penglihatan kabur
- Sakit dada
- Jantung berdegup dengan laju atau jantung beredegup dengan terlalu pelahan
- Kegelisahan
- Keletihan
- Pening kepala, loya dan muntah.
Kemungkinan apa yang anda alami ialah kesan sampingan disebabkan oleh ubat colaran. Namun, ia juga mungkin boleh disebabkan masalah jantung anda yang datang kembali. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi melalui ujian kesihatan lebih lanjut bagi mendapatkan solusi yang terbaik untuk situasi anda.
Terima kasih.