zainalmdzan
6 tahun
Jantung degup pantas
Saya berumur 45 tahun, berat 60 kg, dan berat ideal. Saya aktif jogging setiap hari. Setahun lalu degupan jantung saya semasa rehat sekitar 60 seminit. Sekarang ia sekitar 80-90 seminit. Saya juga agak sukar berlari tanpa henti dalam jarak yang jauh. Dahulu 3 km tanpa henti adalah biasa. Saya juga selalu sakit kepala.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Merujuk kepada denyut jantung anda, sebetulnya terdapat banyak hal yang boleh mempengaruhi kelajuan degup jantung seperti:
- aktiviti fizikal
- dehidrasi
- suhu
- usia
Justeru, jntuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































