
Sulit
6 tahun
Jantung jadi laju tiba lepas tue malam tak boleh tidur
saya kadang2 malam.tak.boleh tido sometime.rasa jantung degup.laju bila.saya cuba relax baru dia ok.boleh boleh tahu tak.sebab apa saya baru 26 tahun

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Ini adalah satu keadaan yang biasa berlaku dan tidak semestinya bermakna anda mempunyai penyakit jantung. Antara sebab-sebab degupan jantung laju adalah:
- tekanan
- selepas aktiviti fizikal
- kafein
- takut
- bimbang
- hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif dan mengeluarkan hormon tiroid berlebihan)
- penyakit jantung
- ubat-ubatan tertentu
- anemia (kekurangan sel darah merah)
Kebanyakan orang mengalami keadaan ini sekali-sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda sering mengalami masalah ini, anda harus dapatkan nasihat doktor. Jika anda mempunyai penyakit yang boleh menyebabkan degupan jantung laju seperti hyperthyroidism, anemia atau penyakit jantung, doktor akan memberi rawatan yang sepatutnya.
Selain itu, anda harus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pertama sekali, makan secara sihat. Tingkatkan pengambilan serat. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu yang biasa diambil ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng dan produk bakeri. Elakkan minuman kafein, minuman beralkohol, minuman ringan dan pewarna makanan.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu. Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan laju, berbasikal, dan berenang. Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit lain.
Oleh itu, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktivit fizikal. Cuba kekalkan berat badan indeks jisim tubuh (BMI) di bawah 23. Bukan itu sahaja, sekiranya anda merokok, anda boleh berhenti dengan kaedah-kaedah seperti terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan dan menjauhkan diri dari tempat orang merokok. Akhir sekali, tangani stres dan dapatkan tidur yang cukup.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!