Sulit
2 tahun
Jantung laju dan pening selepas vaksin
Hi doc saya lelaki berumur 27tahun pada 04/08 saya pegi ke ppv untuk suntikan vaksin,tetapi pada 05/08 saya mengalami pening dan jantung laju 105bpm perminit adakah itu kesan sampingan biasa atau saya perlu mendapatkan rawatan?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
Sukar untuk bernafas
Jantung berdegup laju
Bahagian suntikan menjadi bengkak
Bengkak pada muka, bibir atau tekak
Pembentukan ruam di seluruh badan
Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini