
Sulit
4 tahun
Jantung selalu berdebar laju
Selamat petang sya seorang pesakit talasemia, dan kencing manis Sya nk tanya kenapa jantung sya selalu berdebar laju tapi sebab…kadang2 tu masa berehat tengah baring tenggok hp pun dia datang… sehari mcm 4 kali mcm tu…klu dtg laju berdebar tu sya duduk dn rasa panik dan cemas tarik nafas dalam-dalam lps tu hilang… lepas hilang rasa jantung berdebar laju tu telinga saya berdengung badan dan kepala sya mcm kesemutan…sekian

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala jantung berdegup dengan kuat secara tiba-tiba boleh berpunca dari pelbagai jenis gangguan tubuh seperti:
- Gangguan anxiety (rasa cemas yang berlebihan)
- Stress yang berlebihan
- Demam atau peningkatan suhu tubuh secara tiba-tiba - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Gangguan ritma jantung
- Gangguan hormon tiroid (sering diiringi dengan tangan bergetar, kuat berpeluh, dll.)
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Saya menasihatkan anda untuk cuba menjauhkan diri (atau kurangkan) dari faktor yang boleh di cegah dahulu seperti stress (sekiranya ada), demam (lapor ke klinik atau hospital yang berdekatan sesuai SOP), mahupun aktiviti-aktiviti yang dapat mencetus gejala tersebut. Disamping itu memastikan diri sentiasa cukup makan dan minum.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi memastikan bahawa anda tidak keseorangan dlam mendepani situasi ini. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi sekiranya gangguan perasaan cemas itu berlanjutan.
Justeru, untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- memastikan anda menjalani hidup & pemakanan yang sihat
- meneruskan rawatan talasemia & kencing manis sesuai saranan doktor anda
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.