
Sulit
5 tahun
Jantung terhenti satu saat
Saya lelaki berumur 43 tahun, tidak merokok dan dahulunya aktif. Saya sebwlum ini tiada masalah jantung kerana aktif berlari marathon sehingga 42 km. Namun, akhir-akhir ini, kira-kira 3 minggu lalu, degupan jantung saya tinggi eg. 90-100 bpm semasa rehat. Saya juga cepat penat jika berlari, kerana sudah jarang berlari. Degupan jantung saya juga selalu berhenti satu saat.
Apakah ianya normal atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degupan jantung yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit jantung koroner
- akibat ubatan
- ketidakseimbangan elektrolit
- masalah jantung lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!