
Sulit
3 tahun
Jantung tiba-tiba berdenyut laju dan menyebabkan kesukaran bernafas
Saya seorang wanita yang berumur 24 tahun dan saya mengalami jantung berdegup kencang secara tiba-tiba. Ini menyebabkan saya sukar untuk bernafas dan cepat mengah serta terbatuk. Bahagian dada saya juga terasa berat sewaktu cuba menarik nafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala jantung berdegup dengan kuat secara tiba-tiba boleh berpunca dari pelbagai jenis gangguan tubuh seperti:
- Gangguan anxiety (rasa cemas yang berlebihan)
- Stress yang berlebihan
- Demam atau peningkatan suhu tubuh secara tiba-tiba - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Gangguan ritma jantung
- Gangguan hormon tiroid (sering diiringi dengan tangan bergetar, kuat berpeluh, dll.)
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengawal anxiety anda, anda boleh mencuba ini di bawah
- Hadkan pengambilan kafein
- Senaman harian
- Ambil masa tamat. Berlatih yoga, mendengar muzik, bermeditasi
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
- Bercakap dengan seseorang. Beritahu rakan dan keluarga anda berasa terharu
Walaubagaimanpun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.