
Anonymous
5 tahun
Jantung tiba2 berdebar
saya wanita berusia 20’an.soalan saya dalam sehari ini jantung saya berdebar-debar… tapi sebelum tu leher saya bahagian kanan kelihatan sedikit bengkak, saya sapu ubat berkesan setelah itu baru lah tiba-tiba saya berasa jantung saya seperti berdegup laju hingga kadang kala membuat saya terbatuk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Untuk makluman anda, jantung berdebar-debar atau berdegup laju boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- setelah beraktiviti seperti berlari atau mengangkat berat
- setelah minum kafein
- stress emosional
- masalah tiroid
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!