
Sulit
3 tahun
Jarak kehamilan yang dekat Dan ada sejarah gdm on ubat Dan insulin
Assalamualaikum doktor… Saya nak Tanya adakah saya boleh gugur kan kandungan yg berusia 6 minggu… Saya ada anak umur 9 bulan Dan saya ada sejarah kencing manis ketika hamil… Saya gdm on metformin dan insulin… Ada kah berisiko kepada kesihatan saya jika jarak kehamilan saya terlampau rapat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Kami memahami anda sedang hamil 6 minggu dan mempunyai sejarah kencing manis semasa hamil dan juga mempunyai anak berumur 9 bulan. Anda ingin mengetahui komplikasi kehamilan yang dekat dan jika anda boleh gugurkan kandungan anda.
Untuk makluman anda, gugur kandungan adalah salah di sisi undang-undang kecuali jika kehamilan tersebut boleh memudaratkan kesihatan ibu. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk tidak mengambil langkah-langkah seperti mengugurkan di klinik yang tidak sah atau mengambil sebarang pil keguguran supaya dapat mengelakkan kesan sampingan terhadap kesihatan anda.
Anda juga ingin mengetahui mengenai risiko jarak kehamilan dekat. Sememangnya ini boleh membawa beberapa komplikasi kepada kesihatan ibu dan anak seperti :
- Anemia (kekurangan darah)
- Masalah perkembangan janin
- Kelahiran pra-matang
- Berat bayi lahir rendah
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar ibu dan anak untuk mendapatkan nasihat mengenai kehamilan anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor pakar ibu dan anak kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.