
Sulit
4 tahun
Jarang berlaku Haid yg sedikit dan puting payudara tenggelam
Saya wanita 20an. Saya mempunyai beberapa masalah. Antaranya keluar haid yg sedikit dan juga puting payudara tenggelam. Saya belum berkahwin Dan masih bujang. Apakah tindakan dan langkah yang perlu saya lakukan? Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang sedikit termasuk:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Bagi menjawab masalah puting payudara tenggelam pula, lebih maklumat dan pemeriksaan diperlukan untuk membuat kesimpulan. Oleh itu, anda digalakkan ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid sikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!