
Sulit
4 tahun
Jarang buang air besarrrrrrrrrrrrrrrr
Saya langsung tak rasa nak buang air besar. Saya dalam sbulan hanya 1 atau 2 kalis sahaja berak. Tolong saya. Ianya tidak normal untuk orang dewasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Usus tersumbat
- Pergerakan usus yang terlalu perlahan
- Masalah penghadaman
- Kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda mengalami masalah ini buat masa yang lama, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya:
- Gejala berlarutan
- Najis berdarah
- Kerap sakit perut
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.