
Sulit
4 tahun
Jarang datang haid dan berak berdarah
Saya wanita umur17 tahun,saya jarang datang haid bermula umur saya 15 tahun bila meningkat 16 masalah itu makin teruk dulu sudah 1 tahun 2 bulan tidak datang haid,saya jumpa doktor dan d beri ubat lepas minum ubat itu saya datang haid,sesudah itu umur saya skrg 17 masalah haid dtg lagi hampir 1 tahun saya tdk datang haid,last period tahun ni bulan july lalu dan d sana saya mngalami 1 lagi masalah iaitu berak berdarah stiap kali sya berak saya berak darah,dan bila sya makan ladah cth nya kari ayam maggi kari walau pun hanya sedikit perut saya sakit dan masalah membuat masalah berak brdarah saya mnjadi teruk,apa kah penyakit yg saya alami?sewaktu umur saya 14 tahun saya depression krna masalah kluarga dan ada mngambil ubat,saya tidak tahu itu ubat apa tapi saya mkn ubat itu atas sebab mahu bunuh diri tpi syukur masih hidup shingga skrg hehe

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Terdapat segelintir wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur. Masalah jarang datang haid atau haid yag tidak teratur dapat berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Namun, berkenaan dengan masalah berak berdarah yang anda hadapi, ianya boleh disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Untuk kepastian kepada punca sebenar, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat seperti pemeriksaan pada najis dan pemeriksaan fizikal terhadap anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau kerana jarang datang haid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!